Welcome Welcome Welcome

Blog ini adalah untuk berkongsi hobi dengan para peminat ayam sabung. Pemeliharaan ayam sabung bukan hanya bertujuan untuk dilagakan tetapi minat untuk melihat perkembangan prestasi ayam tersebut. Bargantunglah kepada para pemiliknya.

Walaupun banyak baka ayam sabung yang wujud seperti ayam bangkok, pakoy, saigon, pama dan sebagainya tapi di Ranau baka ini sukar untuk dipastikan originilitinya kerana telah diklonkan dengan baka-baka local yang diambil dari daerah2 lain. Yang penting adalah melihat akan prestasi teknik lawan ayam sabung yang dipelihara.

Sunday 19 June 2011

Tuah Ayam nampak di KAKI

Benarkah tuah ayam nampak di kaki. Selalunya perkara pertama yang dilihat pada ayam sabung untuk mennilai potensi ayam sabung ialah ciri2 pada kakinya. Betul atau salah, mari kita lihat:-
1. Sisik tapak: ayam yang punya sisik pada tapak kaki. Mempunyai pukulan yang kuat dan pukulan2 KO
2. Taji Hitam: Ayam yang bertaji hitam mempu mengunakan tajinya dengan sangat tepat. Ayam lawan selalunya akan buta.
3. Taji Searah dengan kaki belakang: Pukulan ayam dengan taji yang sangat tepat dan menusuk.
4. Sisik Babat/gelang: Ayam mempunyai pukulan yang kuat terutamanya jika sisik babat tersebut separas taji dan turun ke bawah.
5. Sisik yang terbelah pada kaki belakang: Ayam yang mempunyai tuah untuk menang.
6. Sisik kaki belakang yang kemas tersusun hingga ke taji: ayam yang mempunyai pukulan keras dengan kadar ketepatan tinggi.
7. Sisik antara sisik: sisik ini adalah sisik yang kecil antara 2 sisik yang dilihat normal, sepertinya tersepit antara sisik tersebut. Ayam yang ada sisik ini mempunyai pukulan2 KO (senjata rahsia) yang disimpan untuk digunakan pada masa2 yang tepat.
8. Aluran Sisik masuk kedalam: Susunan sisik yang mengarah ke celah kangkang ayam. Mempunyai pukulan yang sangat bisa.
9. Benjolan pada belakang kaki: Belakang kaki ada benjolan panjang dari taji hingga ke lutut. Bukulan yang sangat bisa dan rajin membuat pukulan ( pukulan 2-1, atau 3-1).

Tip2 ini tidaklah 100% betul tetapi untuk memilih ayam sabung yang dijadikan jaguh perlulah dilihat ciri2 istimewa pada ayam. Kalau ada tip lagi, nanti akan di post kan.

5 comments:

  1. sisik antara sisik tu mcm mna boss ?? boleh tnjuk gmbr.

    ReplyDelete
  2. sisik tapuk ba tu, urang sabah biilang

    ReplyDelete
  3. sisik tapuk ba tu, urang sabah biilang

    ReplyDelete
  4. Ok ka kalau ayam bersisik bawah jari tengah?

    ReplyDelete
  5. Ok ka kalau ayam bersisik bawah jari tengah?

    ReplyDelete