Welcome Welcome Welcome

Blog ini adalah untuk berkongsi hobi dengan para peminat ayam sabung. Pemeliharaan ayam sabung bukan hanya bertujuan untuk dilagakan tetapi minat untuk melihat perkembangan prestasi ayam tersebut. Bargantunglah kepada para pemiliknya.

Walaupun banyak baka ayam sabung yang wujud seperti ayam bangkok, pakoy, saigon, pama dan sebagainya tapi di Ranau baka ini sukar untuk dipastikan originilitinya kerana telah diklonkan dengan baka-baka local yang diambil dari daerah2 lain. Yang penting adalah melihat akan prestasi teknik lawan ayam sabung yang dipelihara.

Sunday 13 May 2012

Mari Analisis Fizikal Ayam Sabung

Ayam umur 7 bulan boleh la dikira sdh matang. Kalau mau dijadikan petarung, boleh lah dilatih. Tapi sbl melatih perlulah cek keadaan fizikalnya. 3 bhg kritikal yg perlu di cek:-

Tulang leher:
- ruas tulang perlu rapat (raba guna jari). Kalau ruas besar ayam tidak tahan kena pukul. Leher ayam mengundur ke belakang . Ayam akan hilang gaya permainan.

Tulang bahu ( sambungan leher dgn badan)
- kena rapat. Kalau lebar,ayam kurang tahan kalau kena pukul badan. Sayapnya akan mudah jatuh atau membulat ke bawah badan. lebih teruk lagi tidak mampu utk bangun.

Tulang kolka (tulang supit bawah bontot ayam)
- tulang supit yang rapat maksudnya ayam rajin mbuat pukulan. cara ayam jalan ala2 modal catwalk. Yg tuling supit luas jalan ny mcm org mengandung. Pukulan makin lama makin lambat & tidak sakit.

Keadaan mcm ni mungkin sbb turunan ayam atau sbb pemeliharaan yg krg baik. Boleh cakap kekurangan zat kalsium, mineral & vitamin masa ayam kecil (bawah 4 bulan).

Apa pn kalau mmg mau pelihara ayam utk di sabung kn, kene la pelihara ikut yg sepatutnya. Kalau jd ayam bantut kan rugi, lama lg mau tunggu,1 tahun kn lama mau besar kn ayam. Lain lah kalau beli yg sdh besar.

Wednesday 15 February 2012

13 sisik buruk pada ayam sabung

Sekadar untuk rujukan, untuk memilih calon2 ayam sabung yang mahu dijadikan juara. Bukanlah 100% betul tapi ni la yg ada ditulis dalam web ganoi.com. cuba renung2 kan. Saya cuba mencari dlm web Ganoi tetapi bukan semua dipaparkan. Kalau ada yg mau tambah, sila buat komen

13 sisik buruk pada ayam sabung:-
1. Sisik kaki kanan sangat2 berlainan dgn kaki kiri
2. Sisik buta di sebelah kaki sahaja.
3. Sisik belakang kaki tidak sampai separas dengan taji.
4. Jumlah sisik jari tengah tidak sampai 21
5. Susunan sisik mengarah ke sebelah luar kaki
6. Warna sisik tidak sama dgn warna patuk/paruh ayam.
7. Sisik basah/lembut. (Mcm buah jagung yg kena rebus)
8. Susunan sisik mengarah/naik keatas
9. Sisik depan ada/tumbuh dibelakang kaki (terbalik)
10. Sisik pertama selepas lutut kaki berbentuk gelang/cincin
11.
12.
13.

Tuesday 17 January 2012

TorpedoJr

Torpedo Jr, indung sama dgn torpedo cuma jantan lain. ayam saiz besar,umur 11 bulan, berat 3kg++, tgh menyulam bulu penuh. Akan di train dan bakal2 menjadi pembaka di reban.

Torpedo New look

Torpedo 90% siap salin bulu. Tinggal tunggu bulu2 keras tua. dalam bulan 2 ni akan turun baka dgn indung2 di reban. Berat terkini 3.8kg, sdh berumur 2tahun++ sgt matang utk turun baka.

Pembaka Baru Berintik Bodyhitter

Berintik bodyhitter sdh 6 bulan d reban. Sedang turun baka dan sdh mempunyai anak 1-2 bln. Umur dalam 2 - 3 tahun, berat -+ 3kg. dengan rekod 2x win KO 1x draw dgn teknik lawan pukul badansdh sgt sesuai utuk turun baka. anak2 nya nanti akan dikacuk kan pula dgn anak2 Torpedo.

Thursday 12 January 2012

Tahun baru, Upgreding Ayam Sabung

Salam tahun baru 2012 buat para pengunjung blog. Tahun ni saya akan cuba upgreding bibit2 ayam sabung saya. Anak2 pembaka (torpedo) dgn indung yg ada di reban sdh besar 12 bulan++. Projek tahun ni ialah mencari bloodline baru untuk dibibit dgn anak2 torpedo. Secara teori saya mahu hasilkan bibit2 ayam yg ada teknik bagus dengan kekuatan pukulan yang mantap.

PROJEK 1
Torpedo     +    Indung Bodyhitter
(teknik baik)       (pukulan baik)

Nota: untuk lawan ayam2 ada darah burma. Di Ranau skrg ni byk sdh yg mencari ayam2 yg ada darah burma.

Projek 2
Torpedo + Indung betina Antilock

Projek 3
Sesi training untuk anak2 torpedo

Saturday 5 November 2011

Musim Hujan (penyakit sampar CRD Senang menular)

Nampak nya di Ranau skrng ni musim hujan. Penyakit sampar ayam senang menular. Ayam2 jiran banyak yg sdh mati. Ayam smua sy kurung. syukur lah belum ada tanda2 jangkitan. Antibiotik sdh sy kasi makan utk pencegahan. Bahaya ni, depan belakang kanan kiri rumah jiran2 sdh byk ayam mati. Harap2 lah tdk myerang di reban sy pula.