Welcome Welcome Welcome

Blog ini adalah untuk berkongsi hobi dengan para peminat ayam sabung. Pemeliharaan ayam sabung bukan hanya bertujuan untuk dilagakan tetapi minat untuk melihat perkembangan prestasi ayam tersebut. Bargantunglah kepada para pemiliknya.

Walaupun banyak baka ayam sabung yang wujud seperti ayam bangkok, pakoy, saigon, pama dan sebagainya tapi di Ranau baka ini sukar untuk dipastikan originilitinya kerana telah diklonkan dengan baka-baka local yang diambil dari daerah2 lain. Yang penting adalah melihat akan prestasi teknik lawan ayam sabung yang dipelihara.

Sunday, 13 May 2012

Mari Analisis Fizikal Ayam Sabung

Ayam umur 7 bulan boleh la dikira sdh matang. Kalau mau dijadikan petarung, boleh lah dilatih. Tapi sbl melatih perlulah cek keadaan fizikalnya. 3 bhg kritikal yg perlu di cek:-

Tulang leher:
- ruas tulang perlu rapat (raba guna jari). Kalau ruas besar ayam tidak tahan kena pukul. Leher ayam mengundur ke belakang . Ayam akan hilang gaya permainan.

Tulang bahu ( sambungan leher dgn badan)
- kena rapat. Kalau lebar,ayam kurang tahan kalau kena pukul badan. Sayapnya akan mudah jatuh atau membulat ke bawah badan. lebih teruk lagi tidak mampu utk bangun.

Tulang kolka (tulang supit bawah bontot ayam)
- tulang supit yang rapat maksudnya ayam rajin mbuat pukulan. cara ayam jalan ala2 modal catwalk. Yg tuling supit luas jalan ny mcm org mengandung. Pukulan makin lama makin lambat & tidak sakit.

Keadaan mcm ni mungkin sbb turunan ayam atau sbb pemeliharaan yg krg baik. Boleh cakap kekurangan zat kalsium, mineral & vitamin masa ayam kecil (bawah 4 bulan).

Apa pn kalau mmg mau pelihara ayam utk di sabung kn, kene la pelihara ikut yg sepatutnya. Kalau jd ayam bantut kan rugi, lama lg mau tunggu,1 tahun kn lama mau besar kn ayam. Lain lah kalau beli yg sdh besar.