Welcome Welcome Welcome

Blog ini adalah untuk berkongsi hobi dengan para peminat ayam sabung. Pemeliharaan ayam sabung bukan hanya bertujuan untuk dilagakan tetapi minat untuk melihat perkembangan prestasi ayam tersebut. Bargantunglah kepada para pemiliknya.

Walaupun banyak baka ayam sabung yang wujud seperti ayam bangkok, pakoy, saigon, pama dan sebagainya tapi di Ranau baka ini sukar untuk dipastikan originilitinya kerana telah diklonkan dengan baka-baka local yang diambil dari daerah2 lain. Yang penting adalah melihat akan prestasi teknik lawan ayam sabung yang dipelihara.

Friday, 26 August 2011

Mencari Ayam

Saya tengah cari ayam untuk dijadikan indung. setakat ini saya ada satu ekor ayam indung (torpedo) berumur 1tahun 8 bulan sedang tukar bulu. Kalau dapat ayam baka import. Saya berminat dengan ayam yang ada teknik LOCK, pukul tanpa mematuk lawan, ayam antilock dan ayam banyak jalan. Indung saya ni (torpedo) teknik main lock, kepala liar, pukul rajin, masuk sayap dan control depan. Satu2 nya ayam yg saya ada dgn viarasi teknik yg banyak.