Benarkah tuah ayam nampak di kaki. Selalunya perkara pertama yang dilihat pada ayam sabung untuk mennilai potensi ayam sabung ialah ciri2 pada kakinya. Betul atau salah, mari kita lihat:-
1. Sisik tapak: ayam yang punya sisik pada tapak kaki. Mempunyai pukulan yang kuat dan pukulan2 KO
2. Taji Hitam: Ayam yang bertaji hitam mempu mengunakan tajinya dengan sangat tepat. Ayam lawan selalunya akan buta.
3. Taji Searah dengan kaki belakang: Pukulan ayam dengan taji yang sangat tepat dan menusuk.
4. Sisik Babat/gelang: Ayam mempunyai pukulan yang kuat terutamanya jika sisik babat tersebut separas taji dan turun ke bawah.
5. Sisik yang terbelah pada kaki belakang: Ayam yang mempunyai tuah untuk menang.
6. Sisik kaki belakang yang kemas tersusun hingga ke taji: ayam yang mempunyai pukulan keras dengan kadar ketepatan tinggi.
7. Sisik antara sisik: sisik ini adalah sisik yang kecil antara 2 sisik yang dilihat normal, sepertinya tersepit antara sisik tersebut. Ayam yang ada sisik ini mempunyai pukulan2 KO (senjata rahsia) yang disimpan untuk digunakan pada masa2 yang tepat.
8. Aluran Sisik masuk kedalam: Susunan sisik yang mengarah ke celah kangkang ayam. Mempunyai pukulan yang sangat bisa.
9. Benjolan pada belakang kaki: Belakang kaki ada benjolan panjang dari taji hingga ke lutut. Bukulan yang sangat bisa dan rajin membuat pukulan ( pukulan 2-1, atau 3-1).
Tip2 ini tidaklah 100% betul tetapi untuk memilih ayam sabung yang dijadikan jaguh perlulah dilihat ciri2 istimewa pada ayam. Kalau ada tip lagi, nanti akan di post kan.
Welcome Welcome Welcome
Blog ini adalah untuk berkongsi hobi dengan para peminat ayam sabung. Pemeliharaan ayam sabung bukan hanya bertujuan untuk dilagakan tetapi minat untuk melihat perkembangan prestasi ayam tersebut. Bargantunglah kepada para pemiliknya.
Walaupun banyak baka ayam sabung yang wujud seperti ayam bangkok, pakoy, saigon, pama dan sebagainya tapi di Ranau baka ini sukar untuk dipastikan originilitinya kerana telah diklonkan dengan baka-baka local yang diambil dari daerah2 lain. Yang penting adalah melihat akan prestasi teknik lawan ayam sabung yang dipelihara.
Sunday, 19 June 2011
Friday, 10 June 2011
Ayam direban
Lensut (nama ayam)
Ayam main taji, umur 9 bulan, berat 3kg
Teknik: Kilas depan dan tepi, pukulan ko di kepala, sorong-tolak
baru 2 kali sparing (ada harapan)
Santino 1x win
Ayam taji, umur 7 bulan, berat 2.5kg
Teknik: pukul kilas depan dan tepi, hock (angkul), kepala liar, pukul kilas panjang
Sitam taji
Induk Sitam taji + Torpedo & 4 ekor anaknya
Umur anak 3 minggu. Kalau jadi boleh test 7 bulan lagi
Sitam Taji
Induk yng punya taji hitam.
Taji induk Sitam
Satu2nya induk yang ada taji di reban
Torpedo
Ni la ayam yang sy panggil torpedo. Ketua ayam di kandang. Umur 18 bulan (Ogos 2011) , Berat 3.5kg. Teknik main: superLock, pukul kilas, masuk sayap, pukul melintang, pukulan laju 3-1 dan kepala liar. Ayam ni akan dijadikan penjantan di kandang.
Salam Kenal
Salam kenal buat para pengunjung blog. Saya membuat blog ni sekadar berkongsi hobi memelihara ayam sabung. Saya mula2 berminat memelihara ayam sabung pada tahun lepas bila saya mendapat ayam sabung (local). Setelah setahun saya pelihara, pretasi ayam ini sangat memuaskan. Saya telah namakan ayam ini sebagai torpedo dan telah saya jadikan penjantan di reban.
Subscribe to:
Posts (Atom)